Asrama Pekerja Wanita Dirompak, Seorang Dilarikan Dan Dirogol

 

KOTA TINGGI – Dua asrama kilang menempatkan pekerja wanita di Jalan Kijang, Taman Kota dan Jalan Belinjau, Taman Kota Jaya di sini, dirompak hampir serentak oleh penjenayah pada malam tadi.

Dalam kejadian itu, suspek turut bertindak melarikan seorang pekerja wanita dan merogol mangsa.

Penolong pengurus kilang terbabit, Loo Soon Fah berkata, dia menerima panggilan mengenai kejadian pecah masuk ke asrama pekerja wanita warga Nepal di Jalan Belinjau pada pukul 10.11 malam lalu meminta seorang pekerja lelaki tempatan membuat pemeriksaan dan laporan polis. – UTUSAN

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.