Majlis Rumah Terbuka Presiden MBFM Disambut Meriah

 

SEGAMAT – Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) yang juga Ahli Parlimen (MP) Sekijang, YB Anuar Manap telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada 24hb Ogos 2013 dari jam 8 malam sehingga jam 11 malam.

Majlis Rumah Terbuka peringkat Parlimen Sekijang turut disekalikan dengan sambutan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemanis dan DUN Kemelah yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Segamat.

Lebih 10,000 orang tetamu hadir bagi memeriahkan majlis sambutan ini.

Majlis turut diselingkan dengan persembahan artis seperti Najwa Latif, Siti Nordiana dan Jalil Hamid.

IMG-20130825-WA0004

IMG-20130825-WA0005

Lain-lain gambar boleh dilihat di Galeri [KLIK].

 

Wartawan: Nizar Hisham

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

 

Leave a Reply