Urusetia Program Induksi Perdana PERSADA 2013 Terima Amanat Jayakan Program

 

PADA hari Sabtu dan Ahad (24-25 Ogos 2013), Jabatan Pengajian Tinggi Dan Pembangunan Generasi Baharu FELDA telah menganjurkan Program Induksi Perdana PERSADA 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Program induksi ini telah dihadiri oleh 729 orang anak peneroka dan staff FELDA yang bakal menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam untuk Tahun Pertama Diploma dan Ijazah pada awal bulan September ini.

IMG-20130826-WA0002

Ketua Jabatan Pengajian Tinggi Dan Pembangunan Generasi Baharu FELDA, Abdul Manap Bin Amat telah menyampaikan amanat dan taklimat kepada semua urusetia Program Induksi Perdana PERSADA 2013.

Urusetia adalah dari kalangan bekas pimpinan PERSADA yang pernah menjadi pimpinan masa lalu di Institusi Pengajian Tinggi masing-masing.

IMG-20130826-WA0005

Mereka telah turun padang untuk membantu dalam menjayakan program ini.

Beliau mengingatkan supaya mantan pimpinan PERSADA ini berkongsi pengalaman mereka kepada bakal siswa-siswi yang bakal mendaftar masuk sebagai Mahasiswa/i pada 1 September ini di seluruh IPTA.

Lain-lain gambar boleh dilihat di Galeri [KLIK].

 

Wartawan: Nizar Hisham

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply