Bendera Johor Dan Jalur Gemilang Di FELDA Sri Ledang Semarak Semangat Patriotik

 

PAGOH – Sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara, FELDA Sri Ledang turut tidak ketinggalan dalam Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Telah menjadi amalan semenjak kemerdekaan negara pada 31hb Ogos 1957, mengibarkan bendera Malaysia yang dikenali sebagai Jalur Gemilang menjadi suatu kemestian.

Begitu juga di tanah-tanah rancangan FELDA.

Disetiap ceruk kawasan FELDA Sri Ledang dipenuhi bukan sahaja Jalur Gemilang tetapi juga bendera negeri (Johor).

Seluruh kawasan kampung khasnya bangunan-bangunan awam dipasang dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor untuk menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan penduduk perkampungan FELDA ini.

IMG-20130829-WA0035

Gambar lain di Galeri [KLIK]

Wartawan: Nizar Hisham

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply