Gotong Royong Sambut Kembara Muafakat Johor Semarak Semangat Sukarelawan Anak Muda

 

PAGOH – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, Johor mengadakan Kempen Kibar Jalur Gemilang dan turut mengadakan Kembara Muafakat Johor.

FELDA Sri Ledang turut tidak ketinggalan untuk dikunjungi Kembara Muafakat Johor.

Persatuan Belia – Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Sri Ledang, menjadi tonggak utama sambutan kepada Kembara Muafakat Johor yang akan mengunjungi FELDA Sri Ledang pada 1hb September 2013.

IMG-20130828-WA0048

 

Sejak beberapa malam yang lepas, MBFM Sri Ledang telah mula sibuk dalam mengatur persiapan.

MBFM Sri Ledang telah menganjurkan gotong-royong sekitar kawasan Tanah Rancangan FELDA.

Aktiviti utama ialah memasang bendera (Jalur Gemilang) di seluruh kawasan Tanah Rancangan.

Kerjasama penduduk dan ahli MBFM Sri Ledang ini dapat menyemarakkan perpaduan dan juga semangat sukarela daripada kalangan anak muda Tanah Rancangan ini.

Gambar-gambar lain boleh dilihat di Galeri [KLIK]

 

Wartawan : Nizar Hisham

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

 

Leave a Reply