Kempen Kibar Jalur Gemilang Di FELDA Taib Andak Diteruskan Sehingga Hari Malaysia

 

KULAI – Kehangatan sambutan Kemerdekaan negara kian terasa diseluruh pelusuk negara dan kempen kibar Jalur Gemilang giat dijalankan bagi menunjukkan semangat cintakan negara.

Begitu juga di FELDA Taib Andak yang sedang giat menjalankan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang.

Program yang digerakkan oleh Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) cawangan Taib Andak ini mendapat sambutan dari semua penduduk kampung.

Penduduk di FELDA Taib Andak telah bersepakat untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang ini sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16hb September nanti.

IMG-20130829-WA0041

Gambar lain di Galeri [KLIK].

Wartawan: Nizar Hisham

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply