Marhaban Di FELDA Linggiu Meriah Setiap Malam

 

KOTA TINGGI – Program Marhaban telah diadakan selama beberapa malam di FELDA Linggiu.

Walaupun Marhaban amat dekat dengan tradisi warga Johor khususnya kalangan warga FELDA di bulan Syawal, namun cara menjalankan program ini tidak sama disesuatu kawasan Tanah Rancangan FELDA.

Jika tanah rancangan lain mengadakan marhaban hanya melibatkan golongan tertentu, berbeza pula dengan warga FELDA Linggiu.

IMG-20130828-WA0013

Marhaban yang dijalankan di FELDA Linggiu diadakan secara bersama.

Semua golongan dan peringkat umur terlibat sama seperti warga peneroka lelaki dan penerokawati dan tidak ketinggalan belia dan beliawanis.

Kanak-kanak juga turut sama dalam program ini.

Bagi setiap siri Marhaban yang dijalankan disini, dianggarkan tidak kurang daripada 30 orang yang menyertainya setiap malam.

Gambar lain di Galeri [KLIK].

 

Wartawan: Nizar Hisham

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply