MBFM Anjur Marbahan Di FELDA Sri Ledang

 

PAGOH – Persatuan Belia (MBFM – Majlis Belia FELDA Malaysia) Sri Ledang telah menganjurkan Marhaban di semua rumah dalam kawasan Tanah Rancangan FELDA Sri Ledang.

Marhaban adalah aktiviti yang biasa dijalankan di bulan Syawal dan amat sinonim dikalangan penduduk di Johor dengan berkunjung dan masuk ke dalam rumah penduduk disertai alunan Selawat.

IMG-20130828-WA0000

Di FELDA Sri Ledang, Marhaban merupakan aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh Biro Kerohanian MBFM Sri Ledang dan saban tahun program ini mendapat sambutan baik daripada warga penduduk FELDA Sri Ledang.

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat ukhuwah sesama warga belia khasnya antara warga belia yang tinggal di tanah rancangan dengan golongan belia perantau.

Musim perayaan Aidilfitri ini menjadi masa terbaik untuk menganjurkan program ukhuwah seumpama ini.

Lain-lain gambar boleh dilihat di Galeri [KLIK].

 

Wartawan: Nizar Hisham

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

One thought on “MBFM Anjur Marbahan Di FELDA Sri Ledang

Leave a Reply