Penduduk FELDA Pemanis 2 Bergotong Royong Untuk Persiapan Sambutan Aidilfitri

 

SEGAMAT – Penduduk FELDA Pemanis 2 di Mukim Jabi telah giat mengadakan aktiviti gotong royong semasa persiapan Jamuan Aidilfitri peringkat Rancangan yang telah diadakan semalam.

Walaupun Syawal telah hampir ke penghujung bulan, tetapi majlis-majlis sambutan Aidilfitri masih terus berterusan.

IMG-20130828-WA0020

Menjadi amalan dan kebiasaan bagi warga penduduk di Tanah Rancangan FELDA untuk bekerja secara bergotong-royong bagi mengeratkan silaturrahim sesama penduduk.

Majlis Sambutan Aidilfitri yang dijalankan di kampung halaman Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) yang juga Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap telah diadakan semalam (28 Ogos 2013) bermula jam 10 pagi.

YB Anuar Manap turut hadir di Majlis Sambutan ini bersama-sama semua warga FELDA Pemanis 2.

Lagi gambar di Galeri [KLIK]

 

Wartawan: Nizar Hisham

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply