“Bola Beracun” Eratkan Silaturrahim Dikalangan Wanita FELDA

 

GEMAS – Salah satu acara bagi sukan rakyat iaitu ‘Bola Beracun’ yang diadakan dalam Karnival Jom Ke FELDA 2013 pada petang ini mengeratkan lagi hubungan golongan wanita-wanita FELDA Palong ini.

Sukan rakyat yang bertempat di Padang Awam Pejabat Felda Palong 6 telah mengumpulkan penyertaan hampir lebih dari 40 orang wanita dari kalangan warga FELDA.

bola

Walaupun karnival ini diadakan di FELDA Palong 6, penduduk-penduduk FELDA Palong 4 dan 5 juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta.

Pemenang pertama dalam acara sukan ini, Noraziah Daus, 33, yang berasal dari FELDA Palong 5 begitu teruja kerana dapat beramah-mesra dengan teman-teman lain dari FELDA Palong 6.

bola2

Justeru, menyertai acara sukan ‘Bola Beracun’ dirasakan dapat menghidupkan suasana ceria antara peserta-peserta lain.

“Saya sangat terujalah walaupun datang dari FELDA Palong 5. Bila bermain sukan ini walaupun sesuai untuk kanak-kanak, sekurang-kurangnya rasa terhibur dengan peserta-peserta wanita lain yang juga teman-teman saya,” kata Noraziah teruja.

Pemenang untuk tempat kedua dan ketiga pula adalah Siti Zanariah Husin, 33, dari FELDA Palong 6 dan Sakinah Ahmad, 33, dari FELDA Palong 5.

bola3

Setiap peserta dalam pertandingan sukan ini mempamerkan aksi bersahaja ketika menyambut ‘Bola Beracun’ sambil lagu-lagu rancak dimainkan.

Bagi peserta yang menyambut bola ketika lagu dihentikan, peserta tersebut disingkirkan serta-merta.

Sukan rakyat ini sedang berlangsung sekarang dan dijangka tamat sekitar jam 7 petang ini.

Lain-lain gambar di Galeri [KLIK].

 

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply