Karnival Jom Ke Felda Palong 6 Meriah

 

GEMAS – Karnival Jom Ke Felda 2013 yang masuk hari kedua diadakan di Padang Awam Pejabat Felda Palong 6 masih lagi mendapat sambutan hangat dari penduduk-penduduk Felda.

Sejak awal pagi tadi, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh penganjur, Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia (PUGFM) untuk disertai penduduk tempatan.

Antaranya seperti rewang gotong-royong, program amal PUGFM untuk penduduk kampung bersama RTM, pertandinga mewarna, pertandingan futsal padang, pertunjukan haiwan reptilia, pertandingan Bintang Kecil dan pertandingan karoake yang sedang berlangsung ketika ini.

IMG_0305

Acara untuk karnival hari kedua ini akan diteruskan dengan sesi penduduk bersama artis, sukan rakyat dan konsert POP oleh artis-artis jemputan iaitu DEF GAB C, Jamal Abdillah dan artis-artis yang menjadi duta kepada CLIXTER pada malam ini.

Selain pelbagai aktiviti yang telah dirancang, karnival ini juga menyediakan pelbagai gerai jualan untuk para pengunjung.

Gerai-gerai jualan ini dibuka oleh anak-anak Felda sendiri yang berhasrat untuk menjadi usahawan berjaya satu hari nanti.

Antara servis jualan yang disediakan adalah jualan buku-buku ilmiah, pakaian dan aksesori diri, makanan dan minuman, aksesori dan peralatan teknologi dan komunikasi dan pelbagai lagi.

IMG_0225

Selain golongan dewasa gembira menyertai Karnival Jom Ke Felda ini, kanak-kanak juga terhibur apabila dapat menyertai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur mereka.

Mereka dapat menyertai Bengkel Lakonan bersama FINAS sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung.

Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang meluangkan masa bermain di taman permainan yang didirikan khas untuk mereka berhibur ketika aktivit lain dijalankan.

Karnival Jom Ke Felda yang dimulakan di sini, Felda Palong 6 akan berakhir malam esok dan akan diteruskan ke siri kedua di Felda Kota Tinggi, Johor.

Lain-lain gambar akan dimasukkan ke Galeri [KLIK]

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

One thought on “Karnival Jom Ke Felda Palong 6 Meriah

Leave a Reply