Program Amal PUGFM Bantu Warga Felda Yang Memerlukan

 

GEMAS – Pertubuhan Usahawan Generasi FELDA Malaysia (PUGFM) mengambil inisiatif membantu golongan yang memerlukan di sekitar kawasan Tanah Rancangan FELDA Gugusan Palong dalam Program Amal Bersama PUGFM hari ini bersempena Karnival Jom Ke FELDA 2013 siri pertama yang dijalankan di FELDA Palong 6, Negeri Sembilan.

Bermula seawal jam 9 pagi, krew-krew PUGFM telah bergerak ke enam rumah penerima bantuan yang terpilih.

Rata-rata penerima bantuan dari PUGFM ini menghidapi penyakit-penyakit yang kritikal atau pun ahli keluarga yang menghidapi penyakit.

_MG_9571

Pengerusi PUGFM, Nor Hisham Abdul Ghani sendiri yang mengetuai rombongan PUGFM ke rumah-rumah penerima bantuan bersama-sama Ahli Jawatankuasa PUGFM.

Rombongan PUGFM telah ke rumah Musa Bin Utoh di FELDA Palong 6.

Musa menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan radang hati dan beliau dijaga oleh isterinya.

Selepas itu rombongan PUGFM ke rumah Mad Diah Bin Ali dan pasangannya Alijah Binti Dali juga di FELDA Palong 6.

Mad Diah adalah penghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit di hempedu.

Rumah ketiga yang dikunjungi adalah kediaman Abu Jalil Bin Nordin di FELDA Palong 5.

Abu Jalil mempunyai seorang anak berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas mendapat penyakit demam panas semasa kecil.

Sejak itu anaknya menjadi kanak-kanak istimewa dan kini berstatus OKU.

Anak kedua Abu Jalil pula disahkan buta selepas terlibat didalam kemalangan jalanraya.

Dari FELDA Palong 5, rombongan PUGFM pergi pula ke FELDA Palong 4, iaitu rumah Mat Bin Deros.

Mat menerima bantuan untuk isterinya, Rokiah Binti Abu Kasim yang mengalami strok.

Selepas itu, PUGFM ke rumah Asiah Binti Awang, masih di FELDA Palong 4.

Asiah menghidap strok dan lumpuh sehingga kini.

_MG_9661

Rumah terkahir yang dikunjungi PUGFM di FELDA Palong 5, kediaman Biba binti Abu (Palong 5).

Biba mempunyai penyakit Gout dan penyakitnya menyukarkan pergerakan beliau.

Biba kini menetap dengan cucunya yang berumur 6 tahun.

Rata-rata penerima bantuan adalah dari kalangan warga emas berpenyakit dan OKU.

Setiap penerima bantuan menerima hamper makanan dan sedikit bantuan kewangan yang dihulurkan oleh PUGFM melalui Presidennya.

Gambar-gambar lain di Galeri [KLIK]

 

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply