Tan Sri Isa Bersama 3,000 Tetamu Meriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri

 

SEGAMAT – Kira-kira 3,000 orang tetamu telah hadir dan memeriahkan sambutan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri peringkat FELDA Wilayah Segamat bersama Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di FELDA Redong malam tadi.

Program turut dihadiri oleh Ketua Peneroka, Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) serta pimpinan tanah rancangan FELDA Wilayah Segamat.

Di akhir majlis sambutan ini, Tan Sri Isa turut mengetuai nyanyian lagu kebangsaan dan kibaran Jalur Gemilang di pentas utama.

Disamping itu, alunan selawat dan marhaban turut disertakan bagi menunjukkan rasa kesyukuran.

IMG-20130831-WA0029

Gambar lain di Galeri [KLIK].

Wartawan: Nizar Hisham

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply