Konsert Kemuncak Karnival Jom Ke FELDA 2013 Setaraf Jom Heboh

 

SIRI pertama Karnival Jom Ke Felda 2013 (KJKF 2013) yang berlangsung pada 30hb Ogos Sehingga 1hb September lalu di Felda Palong 6, Gemas, Negeri Sembilan, mendapat sambutan yang meriah dari warga FELDA sendiri.

Jumlah pengunjung tertinggi adalah seramai lebih 15,000 pengunjung pada malam Konsert Kemuncak KJKF 2013.

Konsert kemuncak ini telah diserikan dengan persembahan artis-artis terkemuka seperti Jamal Abdillah, Mus May, Def Gab C, pelawak Jambu, Wana My Star LG dan lain-lain lagi.

Perasmian karnival telah disempurnakan oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, dan pengunjung juga turut disajikan dengan pertunjukan bunga api sebagai gimik pelancaran.

20130901_223142

Jamal Abdillah telah mendendangkan lagu Azura yang memukau semua pengunjung pada Konsert Malam Kemuncak KJKF 2013.

Lagu rasmi KJKF 2013 juga turut dipersembahkan kepada pengunjung, lagu ciptaan Mus May itu dipersembahkan diatas pentas oleh Mus May, Wana My Star LG dan Asheed vokalis Def Gab C.

[jwplayer mediaid=”6987″]

Konsert kemuncak tersebut mendapat respond yang amat baik dari pengunjung malah mendapat pujian dari Tan Sri Isa.

Sistem bunyi yang baik, prop pentas yang pintar serta pencahayaan yang bagus meletakkan Konsert Malam Kemuncak KJKF 2013 ini setanding konsert Jom Heboh dan juga konsert Metallica yang lalu.

Pada hari pertama penganjuran KJKF 2013 di FELDA Palong 6 ini, dianggarkan seramai lebih 5,000 pengunjung hadir, manakala hari kedua mencatatkan jumlah pengunjung lebih 11,000 orang.

Pada siang hari ketiga dianggarkan lebih 5,000 pengunjung hadir dan jumlah ini menjadikan lebih 20,000 pengunjung hadir sepanjang hari ketiga berkenaan.

Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia (PUGFM), Nor Hisham Abdul Ghani berkata, beliau terharu dengan sambutan yang tidak dijangka dari warga FELDA Palong.

20130901_210209

Selain warga FELDA berdekatan, turut hadir memeriahkan karnival adalah warga FELDA dari negeri Johor dan Pahang, memandangkan FELDA Palong ini berhampiran dengan sempadan negeri-negeri ini.

Sambutan yang menggalakkan dalam penganjuran KJKF 2013 oleh PUGFM ini membuktikan anak FELDA mampu menganjurkan acara-acara besar yang boleh dibanggakan.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga FELDA Palong dan semua pengunjung dari luar kerana sudi hadir ke karnival ini.”

“Ini menunjukkan kami, anak-anak Felda mampu menganjurkan majlis atau karnival terbesar di dalam Malaysia dengan jayanya. Terima kasih semua,” kata Nor Hisyam dalam ucapan rasminya ketika majlis perasmian KJKF 2013, semalam.

20130901_215132

Turut hadir dalam majlis perasmian ini adalah Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) yang juga Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap dan ADUN Palong, YB Datuk Lilah Yasin.

Selepas ini, siri kedua KJKF 2013 akan diteruskan ke FELDA Papan Timur, Kota Tinggi, Johor.

[jwplayer mediaid=”6984″]

 

Lain-lain gambar di Galeri [KLIK].

 

 NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply