Palong 3 FC Muncul Juara Futsal Padang Gugusan Raja Alias

 

KARNIVAL Jom Ke FELDA (KJKF) 2013 tidak hanya menjadi platform medan jualan buat para usahawan, malah pelbagai aktiviti dari keagamaan, riadah, sukan dan juga hiburan menjadi sajian buat pengunjung.

Ini terbukti ketika KJKF 2013 siri pertama di FELDA Palong 6, Gemas, Negeri Sembilan.

Pertandingan futsal padang turut diadakan buat Belia-belia FELDA Gugusan Raja Alias bertempat di K.S.K FELDA Palong 6 pada hari kedua Karnival bermula seawal jam 9 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Pasukan Palong 3 FC telah berjaya muncul sebagai juara seterusnya menempatkan pasukan Hyqal Ras B FC di tempat naib juara.

Untuk tempat ketiga, pasukan dari Titan FC pula berjaya menumpaskan pasukan Tubicham FC yang hanya berada di tempat keempat.

Manakala, pasukan Titinuam FC hanya berjaya merangkul tempat kelima dalam pertandingan futsal padang.

Pertandingan futsal padang ini merupakan salah satu acara yang dianjurkan oleh Pertubuhan Usahawan Felda Malaysia (PUGFM) untuk KJKF 2013.

Siri kedua bakal berlangsung di FELDA Papan Timur, Kota Tinggi, Johor, pada 27hb hingga 29hb Sept 2013.

_MG_9718

_MG_9737

IMG_0521

Lain-lain gambar di Galeri [KLIK].

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply