Manndzri, Tokoh Belia Negara 2013 Adakan Kenduri Kesyukuran

 

SEGAMAT – Sempena penganugerah Tokoh Belia Negara 2013 pada Karnival Belia yang lalu, Manndzri Nasib telah mengadakan majlis kesyukuran di kediamannya di FELDA Penggeli Timur.

Majlis turut mengadakan bacaan doa selamat dan tahlil pada malam tersebut.

Kalangan pimpinan kampung, ahli masjid dan GPW FELDA Penggeli Timur telah hadir memeriahkan majlis tersebut.

Manndzri adalah Ketua Penerangan Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Naib Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) dan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Komitmen yang diberikan beliau selama ini telah melayakkan beliau menerima anugerah Tokoh Belia Negara 2013.

IMG-20130906-WA0014

Gambar lain di Galeri [KLIK].

 

Wartawan: Nizar Hisham

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply