Nicol Pasrah Gagal ke Olimpik 2020

RATU skuasy dunia, Datuk Nicol Ann David kecewa apabila acara skuasy tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sebaliknya, anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyenaraikan acara gusti selepas menerima 49 daripada 95 undi.

“Agak mendukacitakan keputusan ini walaupun Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) cuba melancarkan satu lagi tawaran pada 2024.

“Sukar membayangkan bagi saya untuk beraksi 11 tahun akan datang. Terus terang saya katakan, ia satu tempoh yang panjang.

“Beraksi di Olimpik merupakan satu impian namun saya mungkin tidak boleh bertanding lagi,” katanya pasrah kerana keputusan sudah dimuktamadkan.

Namun, akui anak jati Pulau Pinang itu, penolakan acara skuasy sebagai tanda positif untuk lebih dan berkembang dan mereka akan kembali lebih kuat selepas ini.

Sementara itu, Nicol menggesa rakan sepasukan tabah dan fokus menjelang Terbuka Malaysia CIMB yang bermula hari ini.

“Pasti satu perlawanan sukar kerana tumpuan pemain sedikit hilang gara-gara keputusan IOC. Mental mungkin terjejas memandangkan terdapat hampir 20 pemain utama wanita dan juga beberapa pemain ternama lelaki sertai kejohanan itu,” katanya. – Sinar Harian

 

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com



Leave a Reply