Program Kami Prihatin Yayasan FELDA Merupakan Program Kemasyarakatan FELDA

 

Baru-baru ini, Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad telah pertama kalinya berkunjung ke FELDA Kemelah bagi merasmikan Program Kami Prihatin Yayasan FELDA.

Program Kami Prihatin telah berlangsung selama 4 hari iaitu 2 hari di FELDA Kemelah (Dewan Undangan Negeri Kemelah) dan 2 hari di FELDA Medoi (DUN Pemanis).

Program ini merupakan program kemasyarakatan FELDA untuk warganya.

Turut hadir didalam program berkenaan adalah isteri beliau, YB Datuk Haji Ayub Rahmat – ADUN Kamelah, YB Anuar Manap – MP Sekijang, Dato’ Emel Faizal Dato’ Mohd Mokthar – Pengarah Urusan Yayasan FELDA, YB Azahar Ibrahim – ADUN Tenang, dan Pengurus Besar FELDA Wilayah Segamat.

Beberapa perkara telah dibangkitkan oleh YB Datuk Haji Ayub dan YB Anuar untuk perhatian Tan Sri Isa.

Antara perkara berkenaan adalah isu perparitan dan saliran di FELDA Kemelah, isu perumahan generasi baharu dan memohon peruntukan bagi membaik pulih dewan.

Tan Sri Isa jelas mengambil berat dan prihatin terutama dalam isu perumahan bagi generasi baharu FELDA.

Didalam ucapan ringkas Tan Sri Isa, beliau turut memberitahu warga FELDA Kemelah berkaitan pelbagai bentuk sumbangan FELDA yang ditawarkan kepada warga peneroka dan generasi baharu baik dari segi perumahan sehingga isu pendidikan.

Tan Sri Isa juga turut berkongsi berita-berita kejayaan FELDA dan FGVH kepada warga peneroka.

Didalam program ini, warga FELDA Kemelah dapat menjalani pemeriksaan kesihatan dan mata secara percuma bersama persatuan doktor sukarela dan MAKNA.

Pada sebelah malamnya pula diadakan wayang padang.

20130908_141209

20130908_142439

20130908_142743

20130908_143510

20130908_151801

20130908_163931

20130908_164125

20130908_170044

20130908_171135

20130908_172322

20130908_174807

20130908_175345

20130908_175833

Lain-lain gambar boleh lihat di Galeri [KLIK].

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply