Forum Perdana KJKF2013: Sayangkan Agama, Bangsa Dan Negara Tuntutan Islam

 

KOTA TINGGI – Hari pembukaan Karnival Jom Ke FELDA (KJKF) 2013 di FELDA Papan Timur mempunyai pengisian keagamaan dan mendapat sambutan amat menggalakkan dari warga setempat.

Pada malam semalam telah berlangsung Forum Perdana dengan tajuk “Sayangkan Agama, Bangsa Dan Negara Tuntutan Agama Islam”.

2 panelis jemputan adalah Al Sheikh Ismail Hashim dan YBhg Datuk Haji Noh Gadot dan moderator forum pula adalah Ustaz  Haji Yusri Ehsan Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Sambutan amat menggalakkan dan pengunjung memberikan sepenuh perhatian kepada isu yang dibentangkan oleh kedua-dua panelis.

Para panelis menekankan bahawa setiap yang lahir sebagai Melayu adalah beragama Islam, dan perlu menerapkan sentimen sayangkan agama, bangsa dan negara kerana ia merupakan satu tuntutan dalam agama Islam.

IMG_20130927_213227

20130927_214945

20130927_214940

20130927_213107

20130927_212928

_MG_2702

_MG_2714

_MG_2700

_MG_2679

Lain-lain gambar akan dimuatkan ke dalam Galeri.

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply