Hampir 40 Ribu Pengunjung Banjiri Karnival Jom Ke FELDA Siri Kedua Malam Ini

 

KOTA TINGGI – Masuk hari kedua Karnival Jom Ke FELDA (KJKF) 2013 siri kedua di FELDA Papan Timur.

Kunjungan dari warga tempatan dan juga dari luar yang membanjiri tapak karnival sangat diluar jangkaan.

Jumlah pengunjung pada malam ini sahaja mencecah hampir 40 ribu orang.

Selain konsert di pentas utama, terdapat pelbagai acara lain yang turut tidak lekang dengan pengunjung termasuk dibahagian permainan kanak-kanak (Soopa Doopa), paintball, tayangan siaran langsung bolasepak JDT melawan Kelantan, khemah-khemah peniaga, tempat persediaan kenduri sekampung bersama Universiti Lim Kok Wing, pentas mini karaoke dan khemah-khemah penaja.

Kehadiran artis Wana MyStarz LG, kumpulan Def Gab C, Haiza dan Jimmy Screen turut menarik perhatian separuh dari pengunjung karnival untuk berada di lokasi pentas utama.

20130928_210759

20130928_215726

20130928_215809

20130928_215838

20130928_215921

20130928_220153

20130928_220730

20130928_220754

20130928_220805

20130928_220835

20130928_220916

20130928_220938

Lain-lain gambar akan dimuatkan didalam Galeri.

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

 

Leave a Reply