Hari Pertama Karnival Jom Ke FELDA Siri Kedua Meriah Dan Penuh Kelainan

 

KOTA TINGGI – Karnival Jom Ke FELDA (KJKF) 2013 siri kedua di FELDA Papan Timur yang bermula jam 3 petang, 27hb September 2013 (Jumaat) meriah dengan kehadiran pengunjung.

Karnival adalah anjuran Pertubuhan Usahawan Generasi FELDA Malaysia (PUGFM).

Biarpun berlaku sedikit gangguan teknikal di khemah peniaga, namun sambutan karnival amat memberangsangkan.

Khemah-khemah peniaga juga meriah dengan pengunjung sehingga jam 12 tengah malam, malah kehadiran pengunjung pada hari pertama karnival disini juga lebih dari jumlah pengunjung ketika hari pertama KJKF 2013 siri pertama di FELDA Palong 6.

Pengisian hari pertama KJKF 2013 pada hari Jumaat berbentuk keagamaan.

Pada petang tadi telah berlangsung pertandingan laungan azan dan sebelah malamnya pula berlangsung Forum Perdana bertajuk “Sayangkan Agama Bangsa Dan Negara Satu Tuntutan Agama Islam”.

Antara kelainan yang dibawakan PUGFM dalam KJKF 2013 siri kedua ini adalah “Flying Fox”, kereta kuda berhias, permainan belon air dan pada hari terakhir (Ahad) akan berlangsung “Motorcross Fun Ride” yang mana pelepasan akan dilakukan dihadapan pentas utama KJKF 2013 FELDA Papan Timur.

_MG_2210

_MG_2214

_MG_2221

_MG_2258

_MG_2301

_MG_2305

_MG_2330

_MG_2371

_MG_2384

_MG_2411

_MG_2595

_MG_2635

_MG_2646

_MG_2679

_MG_2700

_MG_2702

_MG_2714

20130927_213017

20130927_213107

20130927_214940

20130927_214945

20130927_215753

20130927_215922

20130927_220136

20130927_225646

IMG_20130927_213227

Lain-lain gambar akan dimuatkan di Galeri.

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply