Mohd Solehan Juara Pertandingan Azan Karnival Jom Ke FELDA 2013 Siri Kedua

 

KOTA TINGGI – Sempena Karnival Jom Ke FELDA (KJKF) 2013 siri kedua di FELDA Papan Timur anjuran Pertubuhan Usahawan Generasi FELDA Malaysia (PUGFM), pertandingan melaungkan Azan telah dijalankan petang semalam.

Mohd Solehan Suleiman, 17, dari FELDA Bukit Aping Timur telah muncul sebagai juara dalam pertandingan melaungkan Azan.

Tempat kedua dimenangi oleh Abd Hadi Ahmad, 10, dari FELDA Papan Timur.

Mohd Aiman Azhari, 10, dari FELDA Papan Timur pula berjaya mendapat tempat ketiga.

Tempat keempat jatuh kepada M. Hafizy Norman, 10, manakala Muhd Syahrul Haqimi, 9, mendapat tempat kelima dan masing-masing adalah dari FELDA Papan Timur.

Pertandingan telah diadili oleh Imam Masjid FELDA Papan Timur dan FELDA Bandar Mas.

_MG_2582

_MG_2587

_MG_2627

Lain-lain gambar akan dimuatkan di Galeri.

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

 

 

Leave a Reply