KJKF2013: Akmal Farhan Dan Amirul Aiman Johan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

 

KOTA TINGGI – Pertandingan mewarna telah dijalankan semasa Karnival Jom Ke FELDA (KJKF) 2013 dan pertandingan ini telah dijalankan mengikut 2 kategori.

2 kategori berkenaan adalah Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak dibawah umur 7 tahun dan kategori kedua adalah Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.

Akmal Farhan berjaya mendapat tempat pertama bagi kategori dibawah 7 tahun diikuti Auni Thagifah Kamarudin ditempat kedua.

Ditempat ketiga pula dimenangi oleh Nur Alleya Qistina Azhar.

Bagi tempat keempat pula, Nur Afiqah Mohd Zaini berjaya memenangi tempat keempat dan tempat kelima pula dimenangi oleh Nuriz Qaisara Anuar.

Kategori Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun pula berjaya menempatkan M. Amirul Aiman Ahmad Yusof sebagai johan.

Amilia Fadhlina Mohd Harwan pula telah berjaya mendapat tempat kedua diikuti Natasha Hamirah Hamsan ditempat ketiga.

Pemenang tempat keempat pula adalah Nurul Atiqah Farhanah Areffin manakala ditempat kelima dimenangi oleh Muhd Aiman Farhan Ariffin.

IMG_2997

IMG_3045

Gambar penuh akan dimuatkan didalam Galeri.

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

 

Leave a Reply