KJKF2013: Nur Izzati Johan Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanak

 

KOTA TINGGI – Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanak telah diadakan sempena Karnival Jom Ke FELDA (KJKF) 2013 siri kedua di FELDA Papan Timur.

Karnival anjuran Pertubuhan Usahawan Generasi FELDA Malaysia (PUGFM) ini menyediakan pelbagai acara untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur.

Beberapa pertandingan juga telah diadakan khusus untuk kanak-kanak antaranya Pertandingan Pakaian Beragam ini.

Nur Izzati Johar, 8, dari Kampung Sungai Mas telah berjaya mendapat tempat pertama bagi pertandingan ini.

Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Nurul Asyiqin Samsul Kamal, 9, dari FELDA Kledang.

Dari FELDA Sungai Mas pula, Annur Syafiqah Nabilah Zulkarnain, 8, berjaya meraih tempat ketiga manakala Nurul Alisya Alias, 8, mendapat tempat keempat.

Peserta paling muda berusia 6 tahun, Nur Dayana Huda Mohd Noor Akmal dari FELDA Aping Timur 5 berjaya mendapat tempat kelima.

IMG_3021

IMG_3014

IMG_3006

IMG_3045

Gambar penuh akan dimuatkan didalam Galeri.

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

 

Leave a Reply