Shahafizie Johan Pertandingan Azan KJKF 2013 Bera, Pahang

 

BERA – Adik Muhd Shahafizie Abd Hadi telah muncul sebagai johan Pertandingan Azan di Karnival Jom Ke FELDA (KJKF) 2013 Siri Ke-4 di FELDA Sebertak, Bera, Pahang.

Sepertimana lazimnya, pengisisan berbentuk keagamaan berlangsung di KJKF 2013 yang bermula pada hari Jumaat.

Sebelah petangnya Pertandingan Mengalunkan Azan diadakan dan pada sebelah malamnya diadakan Forum Hal Ehwal Islam, kedua-dua acara diadakan di pentas utama.

Bagi naib juara Pertandingan Azan telah dimenangi oleh Shafirul Omar manakala Khairunnaim Rohaizan mendapat tempat ketiga.

Tempat keempat dimenangi oleh Sharul Omar dan ditempat kelima dimenangi oleh Muhd Rafaie Maszlan.

Peserta yang menyertai pertandingan azan kali ini rata-rata berumur dibawah 15 tahun.

Pertandingan Mengalunkan Azan ini diadili oleh 3 orang juri antaranya Ustaz Husain Jasin dan Ustaz Muhammad Rizalmi Md Akhir.

Gambar akan dimuatnaik ke dalam Galeri Gambar.

kjkf13

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply