ttt
;
iklan
qqqq
ggg
 

22

Jadual Penuh Catuan Air Di Lembah Klang

 

Adalah dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Februari 2014 telah mengeluarkan arahan kepada SPLASH untuk mengurangkan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor sehingga 200 Juta Liter Sehari (JLH) dan pada 26 Februari 2014 mengarahkan PNSB untuk menghadkan pengambilan air mentah dari empangan Klang Gates kepada 100 JLH.

Berikutan arahan tersebut, loji-loji rawatan air yang menerima bekalan air mentah dari kedua-dua empangan terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat sekaligus mengurangkan bekalan air terawat yang diagihkan oleh SYABAS ke kawasan pengguna yang berkaitan.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 26 Februari 2014 telah meluluskan Pelan Catuan Bekalan Air di beberapa kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor disebabkan pengurangan bekalan air terawat ini.

Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air ini dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air untuk makluman semua pengguna yang terlibat:-

TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR

Bermula pada 2 Mac 2014 (Ahad) hingga 31 Mac. 2014 (Isnin).

Tempoh ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh SPAN.

KAWASAN TERLIBAT

Kawasan yang terlibat dibahagikan kepada 2 zon seperti di dalam JADUAL 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.

JADUAL CATUAN BEKALAN AIR

Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air.

Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari zon tersebut dijadualkan ada air.

Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi, 2 hari selepas itu.

Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air.

Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang, 2 hari selepas itu.

Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.

POLISI CATUAN BEKALAN AIR

Tiada bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik bagi zon yang dijadualkan tiada air KECUALI bagi pengguna-pengguna kritikal atau situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian, kenduri, pusat dialysis, hospital (kerajaan/swasta) dan rumah kebajikan.

Bagi zon dijadualkan ada bekalan air tetapi mengalami gangguan bekalan air disebabkan berada di kawasan tinggi atau di penghujung sistem agihan, bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik akan disediakan.

Keutamaan tangki-tangki statik akan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai mengikut keutamaan.

Catatan untuk pengguna komersial dan industri: Bantuan bekalan air tidak akan diberi kepada pengguna komersial dan industri.

Pengguna komersial dan industri boleh memohon pembelian air dari pihak SYABAS dengan menyediakan pengangkutan sendiri dan tertakluk kepada kelulusan SYABAS.

11

22

31

41

51

Jadual catuan bekalan air (klik pada imej untuk besarkan imej)

KERJASAMA DARIPADA PENGGUNA

Para pengguna disarankan untuk berjimat-cermat dalam menggunakan air, menghadkan kegunaan untuk keperluan utama sahaja, mengelakkan pembaziran dan penggunaan kurang kritikal seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mengisi kolam renang dan menyiram tanaman hiasan.

Pengguna ditegah dari melakukan aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakan sistem paip agihan kerana ianya akan menyebabkan pembaziran dan lebih banyak kehilangan/kekurangan bekalan air dan menyebabkan masalah kekurangan bekalan air bertambah teruk.

Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi.

Para pengguna diminta memahami situasi dan bersabar apabila panggilan tidak dapat menembusi talian PUSPEL kerana jumlah panggilan yang diterima dijangka amat tinggi pada sesuatu masa dan melampaui kapasiti PUSPEL.

 

Sumber: MyKMU.net

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com


Leave a Reply









 
 
 
 
Archives


© Suara Anak Muda FELDA. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. FeldaVoice.CoM theme by TheJay.