3 Inisiatif Galakan Untuk Pelajar Felda – PM

 

SUNGKAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga inisiatif sebagai galakan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan minat pelajar di Rancangan Felda terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Beliau berkata, untuk langkah permulaan, kerajaan akan menubuhkan makmal STEM di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang akan berfungsi sebagai pusat latihan guru-guru STEM dan galeri rujukan kepada pelajar-pelajar.

Menurutnya, inisiatif kedua ialah memperluaskan makmal STEM di setiap wilayah Felda dengan mewujudkan sebuah model makmal STEM di sekolah menengah di rancangan Felda yang akan ditubuhkan oleh Jabatan Pendidikan Felda bermula tahun depan.

“Satu lagi inisiatif yang boleh menarik minat pelajar Felda ialah menghantar 10 pelajar terbaik daripada Program Perkhemahan BITARA STEM ke Karnival Antarabangsa STEM di New York apabila ianya diadakan nanti.

“Semua inisiatif itu dilakukan selepas mendapati Malaysia berada di tangga sepertiga terbawah di kalangan negara mengambil bahagian dalam Penilaian Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) pada 2009 dan 2012 dalam bidang STEM,” katanya.

Terdahulu, Najib merasmikan Perkhemahan BITARA STEM UKM-Felda di MRSM Felda Trolak, di sini, pagi tadi.

 

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply