Scha & Awal, Dedah Gambar Anak Di Instagram

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Scha Alyahya berkongsi gambar anak sulungnya yang diberi nama Lara Alana Ahmad Awaluddin di laman Instagram, kira-kira dua jam lalu.

Malah suaminya, Awal Ashaari turut berkongsi gambar yang sama di laman bergambar popular di bawah akaun miliknya.

Lara dilahirkan pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur dengan berat 3.17 kilogram.

Sebelum ini ada peminat mempertikaikan nama anak yang diberi pasangan ini namun tidak dapat menatapnya lagi. – BERITA HARIAN

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.