Saya Tidak Tahu Bagaimana Berita Itu Timbul, Peguam Akan Uruskan – Faizoull

PENGARAH Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Faizoull Ahmad hari ini menafikan penglibatannya mahupun Felda dengan seorang penjenayah Indonesia yang dikehendaki.

Penjenayah yang dimaksudkan adalah Rafat Rizvi, berketurunan Pakistan, dikehendaki oleh Polis Indonesia kerana disabitkan kesalahan terlibat kes penipuan ratusan juta dolar Amerika tanpa kehadirannya di mahkamah di Jakarta dan dihukum 15 tahun penjara wildstar gold.

11hb September lalu, Faizoull dilaporkan melawat Glasgow bersama individu yang dilaporkan dikehendaki polis antarabangsa Interpol.

Tabloid Scotland sebelum ini melaporkan Faizoull dan Rafat makan tengah hari bersama pengarah kelab itu Sandy Eastdale semasa lawatannya ke Glasgow.

Menurut Faizoull beliau tidak tahu bagaimana cerita tersebut boleh disebarkan sehingga mencetuskan kontroversi ketika lawatannya ke Glasgow.

20140915_152106

“Saya telah dijemput ke Glasgow oleh seorang kenalan saya untuk melawat stadium bola di sana. Tujuan lawatan saya ke stadium tersebut adalah untuk membuat perbandingan beberapa stadium bola bertaraf dunia sebagai pelengkap dan persediaan Stadium Felda di Jengka, Pahang,” ujar Faizoull.

“Saya tidak bertemu atau memenuhi jemputan makan tengahari bersama sesiapa yang bernama Rafat Rizvi. Saya tidak bertemu dengan Rizvi. Oleh itu, saya tidak tahu bagaimana cerita sebegini boleh timbul sehingga mencetuskan kontroversi penglibatan saya dan Felda dengan penjenayah itu. Saya telah berhubung dengan peguam saya untuk meneliti isu ini untuk tindakan lanjut,” tambah Faizoull lagi sewaktu ditanya media ketika sidang akhbar khas berkaitan penghantaran 10 orang pelajar terpilih Bitara Stem ke New York.

“Saya tidak mahu komen lanjut berkaitan isu ini kerana saya telah serahkan kepada peguam saya untuk meneliti isu ini,” katanya.

Setakat hari ini, belum ada mana-mana media yang melampirkan sebarang bukti bergambar berkaitan dakwaan Dato’ Faizoull Ahmad yang memenuhi jemputan makan tengahari seperti didakwa.

Malahan gambar yang dilampirkan adalah gambar Dato’ Faizoull bersama 2 rakyat Malaysia yang turut sama terlibat dalam lawatan ke stadium bola di Glasgow tersebut.

Mengulas hasil lawatannya ke Glasgow, beliau amat tertarik dengan strategi mereka yang mampu menarik masyarakat memenuhi stadium setiap kali perlawanan berlangsung di sana.

“Kita akan gunapakai ciri-ciri yang baik dari stadium-stadium bertaraf antarabangsa yang telah kita lawati. Apa yang baik dari Cardiff juga kita akan gunapakai bagi Stadium Felda di Jengka, Pahang. Di Glasgow, apa yang menarik adalah mereka mampu memenuhi Stadium setiap kali berlangsungnya perlawanan,” ujarnya.

“Mereka boleh penuhkan stadium dengan 40 ribu sehingga 45 ribu orang setiap kali perlawanan di stadium ini. Ianya sesuatu yang amat menarik dan kita akan gunapakai strategi penglibatan masyarakat ini bagi Stadium Felda nanti,” katanya.

 

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.