Konvoi Hari Malaysia MBFM Wilayah Trolak Meriah

trolak pergerakan (16)

SERAMAI 140 orang warga belia Felda Wilayah Trolak telah menyertai program Konvoi Hari Malaysia dan Pelancaran Tabung Untukmu Gaza yang telah diadakan pada 16hb September 2014 sempena sambutan Hari Malaysia.

Kebersamaan dalam program yang telah dijalankan dengan membawa panji negara, Jalur Gemilang, merupakan simbolik kepada semangat patriotik warga muda Felda yang cintakan perpaduan dan keamanan.

Konvoi Hari Malaysia ini bermula di Dataran Lawin dan berakhir di Dataran Perhentian Bas Gerik.

Peserta konvoi telah mula berkumpul seawal jam 8 pagi di Dataran Lawin dan program dirasmikan dengan simbolik pelepasan peserta konvoi pada jam 10 pagi.

Program konvoi Hari Malaysia dan Pelancaran Tabung Untukmu Gaza Zon Hulu Perak telah di rasmikan dan pelepasan konvoi oleh Ahli Parlimen Lengong, YB Dato’ Samsul Nasarah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kenering, YB Dato’ Tarmizi.

Konvoi yang bermula di Dataran Lawin ini turut singgah di rumah Pengurus Felda Lawin Selatan dan Pengurus Felda Lawin Utara.

Selain peserta konvoi yang menjadi penyumbang awal untuk Tabung Untukmu Gaza yang dilancarkan, Pengurus Felda Lawin Selatan dan Pengurus Felda Lawin Utara juga turut membuat sumbangan kepada tabung ini.

Antara pengisian program yang diadakan adalah Program Cuci Kereta Amal Tabung Untukmu Gaza di tempat hentian terakhir konvoi iaitu di Dataran Perhentian Bas Gerik.

ADUN Temengor, YB Salbiah Mohamed juga turut menghantar kereta beliau untuk cucian peserta konvoi dan membuat sumbangan kepada Tabung Untukmu Gaza.

Usai Program Cuci Kereta Amal tersebut, YB Salbiah Mohamed telah menyempurnakan Majlis Penutup bagi Program Konvoi Hari Malaysia Dan Pelancaran Tabung Untukmu Gaza bertempat di Dataran Perhentian Bas Gerik.

trolak cuci kete (13)

trolak cuci kete (30)

trolak dataran (6)

trolak gaza (1)

trolak gaza (15)

trolak pelepasan (5)

trolak penutup (10)

trolak penutup (21)

trolak pergerakan (5)

 

trolak pergerakan (18)

 

Lain-lain gambar boleh dilihat di Galeri Gambar.

 

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply