Jom Sertai Jamboree MTB FELDA Challenge 2014!

FELDA Wilayah Gua Musang dengan kerjasama Majlis Belia Felda Wilayah Gua Musang akan menganjurkan program JAMBOREE MTB FELDA CHALLENGE 2014 pada 27 Disember 2014.

Program yang dijalankan julung kali pada tahun 2013 telah mendapat sambutan yang meriah daripada peserta dalam negeri Kelantan.

Tahun ini merupakan tahun kedua program ini dilancarkan oleh FELDA Wilayah Gua Musang  iaitu Kejohanan Jamboree MTB FELDA 2014.

Semoga Jamboree kali ini dapat menarik peserta-peserta dari seluruh Malaysia terutamanya, disamping menikmati kawasan ladang Pertanian Felda serta dapat mendekati Warga FELDA, sambil berkayuh.

Untuk menyertai majlis ini dan bergaul mesra bersama warga Felda, dapatkan borang penyertaan di sini.

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply