Kemalangan DUKE: Dua Pemandu Myvi Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Dua pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) mengorbankan tiga sekeluarga Sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff kepada BERNAMA hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan butiran berkenaan pertuduhan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan wanita berumur 35 tahun. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis. – BERNAMA

KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply