Dakwaan Mengenai Isu Altantuya: Jawapan Najib Kepada Mahathir

Politik di tanahair mencetuskan kontroversi sekali lagi khususnya dalam parti Barisan Nasional dan UMNO berikutan pergeseran antara Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed (Tun M).

Sebelum ini juga, Tun M juga pernah mengasak dan meresahkan ahli parti apabila mendesak mantan Perdana Menteri ke-lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk melepaskan jawatan.

Mutakhir ini, isu antara Tun M dan Najib semakin hangat dipolemikkan di media sosial dan menjadi bahan bualan sembang kedai kopi.

Malah, serangan Tun M bukan sekadar kepada dasar kerajaan yang diterajui oleh Najib, tetapi kini telah masuk ke fasa serangan peribadi apabila melibatkan ahli keluarga Perdana Menteri kita.

Bagi meredakan keadaan dan untuk menjelaskan setiap tuduhan yang dilontarkan oleh Tun M itu, Najib menjawab 13 persoalan tersebut supaya rakyat boleh memahami kedudukan sebenar.

Berikut jawapan-jawapan oleh Najib kepada setiap persoalan Tun M:

1. Dakwaan mengenai Isu Altantuya

a.) Kes ini telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Ia adalah kes yang berusia sembilan tahun tanpa akhir kerana ia terus “dikitar semula” oleh pembangkang.

b.) Kerana ia merupakan kes mahkamah yang panjang, perayu-perayu mempunyai masa yang mencukupi untuk memberi akuan penuh mereka dan memberitahu semua kepada mahkamah. Jadi mengapa kita mendengar individu yang testimoninya telah diberikan dan yang telah didapati bersalah atas jenayah itu?

c.) Apa yang penting ialah bahawa penghakiman itu membawa keadilan kepada semua orang, yang paling penting kepada keluarga mangsa, kepada tertuduh dan juga kepada saya.

d.) Saya telah menyatakan banyak kali bahawa saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini, dan juga telah bersumpah Al-Quran di Masjid.

e.) Rakyat perlu mengambil kira bahawa di dalam politik, banyak isu dimainkan dan dikitar semula, dan ini adalah salah satu daripadanya. Ia menjadi isu panas ketika saya dalam peralihan PM dan pembangkang memerlukan satu cara untuk menghalang saya dari meneruskan pemerintahan. Oleh kerana kedua-dua pengawal peribadi tersebut pernah bekerja untuk saya, dan Razak Baginda adalah rakan saya, mereka cuba untuk mengaitkan saya. Razak Baginda telah secara terbuka mengakui hubungannya dengan Altantuya tetapi saya sama sekali tidak mengetahui mengenainya. Pakatan dan media mereka telah secara tidak bertanggungjawab cuba untuk bermain permainan perang saraf dengan cuba mengaitkan saya dan mempengaruhi persepsi. Mereka bahkan bertindak sehingga mengubahsuai dan merekayasa gambar saya, makan malam dengan mangsa di sebuah restoran. Dalam era media sosial, perkara-perkara ini bergerak umpama virus tanpa kawalan, termasuk gambar ubahsuai dan rekaan.

f.) Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas PM, menerima laporan siasatan penuh daripada polis dan secara peribadi telah mengesahkan bahawa saya tidak terlibat.

g.) Dengan penerangan diatas, adalah tidak adil untuk memaksa saya untuk menyiasat kes ini sekali lagi dan menuntut untuk tahu siapa, jika sesiapa sahaja, telah mengarahkan pembunuhan itu. Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa. Mahkamah telah memutuskan siapa yang bersalah atas pembunuhan itu. Yang harus menjadi pengakhiran cerita.

h.) Saya merasa terganggu apabila isu ini sedang diperbesarkan sekali lagi. Kita semua tahu bahawa jika pemimpin veteran berkeras untuk memperbesarkannya, walaupun secara kebetulan, ia secara automatik akan menyebabkan isu ini akan dibangkitkan sekali lagi.

i.) Individu berpengaruh sepertinya mempunyai banyak sumber. Apabila isu ini meletus, saya percaya mereka masih dapat untuk mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut. Jika mereka percaya ini adalah benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya apabila isu itu tercetus 8 tahun yang lalu? Mengapa sekarang? Ada yang berkata bahawa mereka hanya mempersoalkan isu ini sekarang kerana ia telah menjadi perkara menentukan hidup dan mati orang-orang yang telah disabitkan kesalahan. Tetapi kes ini telah dibicarakan di mahkamah, dengan keputusan yang jelas dan hukuman yang dikenakan. Adakah mereka mempertikaikan sistem kehakiman yang mereka letakkan di tempat tertinggi?

j.) Walaupun perbincangan dan pertimbangan yang panjang diberikan mahkamah, masa yang mencukupi diberikan kepada perayu untuk kes mereka didengar dan diadili, Sumpah Laknat saya, penafian berulang saya telah dibuat, penjelasan umum yang disediakan oleh Razak Baginda, sesetengah orang terus mempersoalkan isu ini dan terus mencuba untuk mengaitkan saya.

[Alihbahasa dari najibrazak.com]

najib mahathir

1. Allegations regarding the Altantuya Issue

a.) This case has been investigated, tried and concluded in the Federal Court. It is a nine year-old case without end as it continues to be “recycled” by the Opposition.

b.) As it was a lengthy court case, the appellants had ample time to give their full account and tell the courts everything. So why are we listening to individuals whose testimony have already been given and who have been found guilty of the crime?

c.) What is important is that the judgment brings justice to everyone, most importantly to the family of the victim, to the accused and even to me.

d.) I have stated many times that I have nothing to do with this issue, and even sworn an oath on the Quran in a Mosque.

e.) The people must take into account that in politics, many issues keep being played up, and this is one of them. It became hot at a time when I was PM in waiting and the Opposition needed a way to prevent me from advancing. Because the two bodyguards had worked for me, and Razak Baginda was a friend and associate, they tried to connect the dots to me. Razak Baginda has openly admitted to the relationship with Altantuya but in no way did I have any knowledge of it. Pakatan and their media have irresponsibly tried to play the psy-war game by trying to implicate me and influence perception. They even went as far as to superimpose a photo of me, dining with the victim in a restaurant. In this era of social media, these things go viral uncontrollably, including the superimposed photo.

f.) Tun Abdullah Ahmad Badawi, the former PM, received the full investigation report from the police and has personally confirmed that I am not involved.

g.) Having established the above, it is unfair to force me to investigate this case again and demand to know who, if anyone, had ordered the killing. I am not involved and do not know anything about it. The court has determined who was guilty of the murder. That should be the end of the story.

h.) I find it disturbing that this issue is being brought up once again. We all know that if veteran leaders insist on bringing it up, even in passing, it would automatically cause the issue to be resurrected once again.

i.) Such influential individuals have many resources. When the issue erupted, I believe they would still have been able to verify the validity of the allegations. If they believed this to be true, why did they not raise it when the issue erupted 8 years ago? Why now? Some have said that they are only questioning the issue now as it has turned into a matter of life and death of those who have been convicted. But this case has been tried in the courts, with a clear verdict and punishment meted out. Are they disputing the very judicial system that they put in place?

j.) Despite the court’s lengthy deliberation and judgement, the ample time given to the appellant to have their case heard and judged, my Sumpah Laknat, the repeated denials I have made, the public explanations provided by Razak Baginda, some people continue to question the issue and keep trying to implicate me.

 

KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply