Kematian Akibat Rempuhan Di Mina Dianggarkan Lebih 2,000 Orang

DUBAI: Perangkaan terkini angka kematian insiden rempuhan jemaah haji di Mina bulan lalu meningkat kepada 2,000 orang, mengikut perangkaan daripada pegawai kementerian luar.

 

Angka terbaharu korban insiden itu menjadikannya bencana yang paling dahsyat dalam sejarah haji.

 

Bagaimanapun, menurut kiraan AFP berdasarkan angka yang diberikan lebih 30 kerajaan di serata dunia menunjukkan sekurang-kurangnya 2,097 jemaah haji dari luar negara meninggal dunia.

 

Namun, pihak berkuasa Arab Saudi belum memberikan maklumat berkaitan jumlah kematian jemaah haji atau mengemas kini angka kematian selepas mengumumkan kira-kira 769 jemaah haji meninggal dunia.

 

Jumlah kehilangan nyawa dalam kejadian pada 24 September lalu jauh melebihi kira-kira 1,426 jemaah haji yang meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di terowong pada Julai 1990. – AFP

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.