Sabah Uji Pasukan Dalam Aksi Persahabatan Dengan Brunei Dan Felda United

TAWAU – Skuad Sabah akan menggunakan perlawanan persahabatan Tiga Penjuru di Tawau minggu depan bagi memantapkan keserasian pemain mereka bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pengurus pasukan Sabah, Datuk Nizam Titingan berkata aksi kejohanan yang membabitkan Brunei dan Felda United itu penting sebagai pemanas badan sebelum tirai Liga Perdana 2016 bermula.

FeldaUnitedSVGlogo.svg

“Perlawanan ini memberi peluang kepada skuad ini mencari keserasian antara pemain bagi memantapkan lagi pasukan.

“Kita akan cuba menguji barisan terkuat sambil melihat keserasian pemain import Igor Cerina (Croatia), Marco Tulio Lopes Silva (Brazil) dan Dedi Kusnandar (Indonesia),” katanya pada sidang akhbar di sini, Ahad.

Sabah akan menentang Brunei di Stadium Kompleks Sukan Tawau pada 29 Jan dan berdepan Felda United pada 31 Jan manakala Brunei akan bertemu Felda United pada 30 Jan.

Tiket berharga RM10 dan RM15 boleh didapati di Kompleks Sukan Tawau, SG Futsal dan Al Ikhsan Sports mulai 29 Jan. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.