Bauksit: Penolong Pengurus Syarikat Kerajaan Negeri Direman

KUANTAN – Seorang penolong pengurus perlombongan anak syarikat kerajaan negeri direman selama lima hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan dalam isu rasuah perlombongan bauksit.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini, berkata lelaki berusia 47 tahun itu ditahan pada 8 malam semalam, di ibu pejabat SPRM di sini.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Penahanan terbaru itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan berhubung isu perlombongan bahan mineral itu kepada 14 orang dan setakat ini empat daripada mereka telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini.

Semua tertuduh merupakan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang bagaimanapun mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan masing-masing. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.