Rosmah Hadir Majlis Maulidur Rasul BAKTI Di Seri Perdana

PUTRAJAYA – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini hadir pada majlis Maulidur Rasul anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) di Seri Perdana di sini.

Pada majlis itu, Rosmah, yang juga Yang Dipertua BAKTI, bersama kira-kira 200 hadirin mengikuti ceramah lebih sejam bertajuk ‘Kelahiran Rasul Membawa Rahmat Kepada Ummah’ yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan Insan BAKTI Datin Norazlina Awang Had dan Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Puan Sri Rohani Abdullah.

Selain anggota BAKTI, turut hadir pada majlis berkenaan ialah wakil-wakil daripada Persatuan Keluarga Polis, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera dan Puspanita. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.