Ekonomi Negara Stabil Kerana GST – Najib

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, keadaan ekonomi dan kewangan negara amat stabil kerana pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Perdana Menteri berkata, kutipan hasil sejak pelaksanaan GST April tahun lalu melebihi RM51 bilion, pertambahan cukup luar biasa daripada RM37.2 bilion pada 2014.

“Hasil ini luar biasa lebih tinggi daripada jangkaan awal,” katanya berucap pada majlis sambutan Hari Kastam Sedunia, di sini, sebentar tadi. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.