Rundingan Beli Eagle High Masih Diteruskan – FGV

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini mengulangi bahawa rundingan mengenai cadangan pembelian PT Eagle High Plantations (EHP) Tbk masih diteruskan dengan PT Rajawali Corpora yang berpangkalan di Indonesia.

Menurut FGV, kenyataan tersebut bertujuan menjelaskan mengenai laporan berita sebelum ini berhubung syarikat itu membeli EHP pada premium.

fgv-felda

“Kami menggesa semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai perincian atau hasil daripada sebarang transaksi atau sebarang faktor yang mungkin menjejaskan keputusan perniagaan kami,” menurut FGV dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Baru-baru ini, Pengerusi Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata rundingan mengenai perkara itu dijangka dimuktamadkan pada Mac.

Pada 12 Jun, 2015, FGV mengumumkan cadangan pembelian pegangan 37 peratus dalam Eagle High daripada PT Rajawali Corpora yang berpangkalan di Indonesia yang dipegang oleh Tan Sri Peter Sondakh pada US$680 juta. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.