Annuar Musa Dilantik Ketua Penerangan Umno

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat melantik Ketua Umno Bahagian Kerteh, Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru bagi menggantikan  Datuk Ahmad Maslan yang diberikan mandat sebagai Pengerusi Biro IT.

Selain itu  Ahmad turut dilantik sebagai ahli MT bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum ini pernah ditawarkan kepada Ustaz Kazim Elias.

Berikut merupakan pelantikan baru dalam parti tersebut:

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih:

Penyandang – Dato Seri Shafie Apdal

Pengganti – Dato Seri Azeez Rahim

Pengerusi Biro Kebajikan:

Penyandang Dato Seri Azeez Rahim

Pengganti Dato Samsul Anuar Nasarah

Pengerusi Biro IPTS ( biro baru):

Dato Razali Ibrahim

Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara:

Dato Sri Reezal Merican Naina Merican

Pengerusi Biro Ekonomi Umno:

Dato Johari Ghani. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.