#MH370: DCA Serah Keputusan Analisis Serpihan Kepada Liow Petang Ini

KUALA TERENGGANU: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dijangka menyerahkan hasil analisis terhadap objek dipercayai serpihan pesawat yang ditemui di Pantai Beting Lintang, Besut, kepada Kementerian Pengangkutan, petang ini.

Perkara itu disahkan Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman yang dihubungi BH sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya sudah memperoleh hasil analisis oleh tiga pakar yang diterbangkan ke Besut pagi ini.

“Saya akan berjumpa Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, untuk memaklumkan berhubung keputusan analisis itu petang ini.

“Terpulang kepada pihaknya untuk memutuskan bila hasil analisis berkenaan akan diumumkan,” katanya.

Pagi tadi, tiga pakar penerbangan termasuk penyiasat MH370 tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut untuk meneliti penemuan objek selebar dua meter yang ditemui di pantai berkenaan. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.