Tiada Penolakan Dibuat Oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak menolak cadangan berhubung pengganti Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai menteri besar negeri itu.

Menurutnya, beliau telah mengadap pengerusi jemaah itu pada pagi Jumaat dan pertemuan berkenaan berjalan lancar.

“Saya telah mengadap Pengerusi Jemaah Diraja pagi tadi dan saya telah sembah maklum akan beberapa cadangan atas nama Umno.

“Perkembangan selanjutnya akan diumumkan…,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi Umno di sini, Jumaat. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.