#MH370: Tiga Pakar Teliti Serpihan Di Besut

BESUT: Tiga pakar termasuk penyiasat MH370 tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di sini untuk meneliti objek yang dipercayai serpihan pesawat.

Ketiga-tiga mereka tiba di sini kira-kira jam 10.36 pagi.

Difahamkan, turut menyertai rombongan itu adalah wakil daripada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan pegawai Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA), Kapten Mior Nor Badrisham Mohamad.

Mereka mengambil masa 20 minit untuk meneliti objek berkenaan sebelum meminta polis menunjukkan lokasi ia ditemui di Pantai Beting Lintang, di sini. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.