Bangunan Baharu RM2 Juta SK Sungai Ladong Di Pedalaman Sarawak Guna Teknologi IBS

SIMUNJAN – Sekolah Kebangsaan Sungai Ladong, kira-kira 100km dari bandar raya Kuching, akan mendapat satu bangunan baharu yang siap dibina dalam masa hanya sekitar lima minggu dengan menggunakan teknologi sistem binaan berindustri (IBS).

Hadiah istimewa buat sekolah itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat tinjauan mesra di sekitar kawasan berkenaan di hari kedua lawatan kerja ke Sarawak, pagi ini.

Beliau berkata bangunan bernilai kira-kira RM2 juta itu nanti akan dilengkapi enam bilik darjah serta dua kuarters guru.

sg-ladong-p3-300x173

Menurutnya, selain itu sebuah makmal sains juga akan dibina berhampiran tapak sedia ada.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat sekolah berkenaan, Perdana Menteri berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha gigih kerajaan membawa pembangunan ke Sarawak, terutama buat sekolah-sekolah di luar bandar yang sangat memerlukan bangunan-bangunan baharu.

Perdana Menteri dijangka menghadiri majlis perjumpaan dengan rakyat di Bintulu tengah hari ini sebelum menamatkan lawatan kerjanya di Sarawak. – BERNAMA

sg-ladong-p4-300x192

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.