Felda United Beraksi Cemerlang Tewaskan Brunei 3-0

TAWAU – Felda United beraksi cemerlang apabila menewaskan Brunei 3-0 pada perlawanan persahabatan jemputan tiga penjuru Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) di Stadium Kompleks Sukan Tawau, Sabtu malam.

Felda United mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Thiago Augusto Fernandes pada minit ketujuh, sebelum tandukannya menerjah gawang Brunei pada minit ke-40.

Ketinggalan dua gol, Brunei bangkit melakukan serangan, namun ketangkasan penjaga gol Felda United, Mohd Farizal Harun berjaya menafikan percubaan mereka.

Christie Jayaseelan Devasagayam melengkapkan kemenangan bergaya Felda United apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-49.

Felda United akan menentang Sabah di stadium berkenaan, malam esok. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.