Kerajaan Laksana Janji Bina Rumah Mampu Milik Di Kampung Gong Nering

BESUT – Majlis penyerahan kunci projek Rumah Mampu Milik (RMM) di Kampung Gong Nering hari ini membuktikan kerajaan menunaikan janjinya untuk menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa kepada penduduk Kampung Gong Nering Jerteh.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata seramai 29 penduduk menerima kunci RMM Kampung Gong Nering hari ini.

“Baki 42 buah unit lagi akan diagihkan kepada mereka yang berjaya dalam masa yang terdekat ini,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Katanya penerima rumah RMM itu merupakan kumpulan pertama yang berjaya dalam pemilihan sejak rumah itu siap dibina setahun lalu oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang kesemuanya berjumlah 71 unit.

Menurutnya rumah berkenaan bernilai RM68,000 yang dibina di atas tapak keluasan 650 kaki persegi dari tanah asal penduduk di situ yang diambil alih oleh kerajaan. – BERNAMA

2 thoughts on “Kerajaan Laksana Janji Bina Rumah Mampu Milik Di Kampung Gong Nering

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.