SPNB Sasar Bina 65,000 Rumah Mampu Milik Menjelang 2018

KUALA LUMPUR – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan membina 65,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara menjelang 2018, kata Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Datuk Ahmad Azizi Ali.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya berjaya menyiapkan hampir 27,000 daripada 100,000 unit rumah mampu milik itu yang dirancang kerajaan sejak 2013.

“Pembinaan rumah mampu milik ini dilakukan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada Bernama selepas program Dalam Radar di Bernama Radio di sini, hari ini.

Bagi kawasan Lembah Klang, Ahmad Azizi berkata dua lagi projek rumah mampu milik itu akan dibina di Sentul dan Setapak menjelang hujung tahun ini bagi memenuhi permintaan kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Katanya, harga rumah itu ditawarkan pada harga antara RM250,000 hingga RM350,000 seunit. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.