#PRKSungaiBesar: Pertandingan Tiga Penjuru

SUNGAI BESAR – Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi; calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada parti Amanah (PAN).

Senarai calon diumumkan lebih kurang jam 10.30 pagi tadi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Khairuddin Md Som selepas proses penamaan calon di Dewan Seri Bernam ditutup pada jam 10 pagi.

Calon BN yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang telah menyerahkan kertas pencalonannya kira-kira jam 9.03 pagi tadi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Manakala calon PAN, Azhar Abdul Shukur menyerahkan kertas pencalonannya kepada SPR pada 9.05 pagi dan calon PAS, Dr Abdul Rani Othman menyerahkan kertas pencalonannya kepada SPR pada 9.12 pagi.

sg besar
YAB TPM, Dato’ Sri Ahmad Zahid turut hadir memberikan sokongan kepada calon BN, YB Budiman.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.