Dakwa GST Naik 8 Peratus Untuk Takutkan Rakyat

KUALA KANGSAR: Kenyataan bekas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Hamidah Osman kononnya kerajaan akan menaikkan kadar GST daripada enam peratus kepada lapan peratus adalah bertujuan menakutkan rakyat.

Hamidah mendakwa kerajaan akan menaikkan kadar GST jika Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata Kabinet tidak pernah berbincang untuk menaikkan kadar GST.

“Mereka (pembangkang) yang bertanggungjawab nak naikkan GST. Jangan salahkan kerajaan kerana mereka ini (pembangkang) sentiasa cuba untuk menakutkan rakyat,” katanya ketika melawat Pusat Media di sini, hari ini.

Hamzah berkata, GST adalah kaedah percukaian yang diterima pakai di banyak negara.

Katanya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sentiasa mencari kaedah terbaik menguruskan ekonomi negara. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.