Cub Prix: Pencarian Pelumba Musim 2017 Bermula

KUALA LUMPUR – Pencarian bakat baharu sukan permotoran Malaysia kini semakin mendapat tempat dan diperhebat susulan kejayaan bekas pelumba Cub Prix mencipta nama di pentas antarabangsa ketika ini seperti Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin Abdullah, Adam Norrodin and Zulfahmi Khairuddin.

Kepada yang berminat, pendaftaran untuk pemilihan pelumba siri perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha bagi musim 2017 kini dibuka lebih awal serentak dengan penganjuran pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang akan berlangsung di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, 19 dan 20 Ogos ini.

“Minat dan momentum terhadap sukan permotoran di dalam negara semakin meningkat musim ini khususnya dengan beberapa kejayaan yang dicapai oleh pelumba negara di peringkat Asia dan juga peringkat antarabangsa,” jelas Ron Hogg, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd, promoter perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Ron Hogg.

“Selepas mengadakan beberapa perbincangan bersama pihak Honda dan Yamaha, semua pihak bersetuju untuk memulakan proses pendaftaran dan pemilihan pelumba lebih awal bermula minggu ini sehingga ke November depan. Tempoh yang lebih lama ini membolehkan pendaftaran yang lebih ramai dan meluas ke seluruh negara,” tambahnya.

Honda One Make Race
Honda One Make Race

Pelumba yang terpilih akan menerima latihan daripada jurulatih dan bekas pelumba yang berpengalaman serta motosikal akan turut disediakan oleh pihak pengeluar.

Walau bagaimanapun, bermula musim 2017, pelumba yang terpilih untuk menyertai perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha perlu membuat bayaran berjumlah RM4000 semusim merangkumi yuran pendaftaran untuk 10 perlumbaan musim 2017, insurans perlumbaan dan lain-lain perkara berkaitan pengurusan perlumbaan.

“Selain pada itu, sut perlumbaan yang digunakan akan menjadi milik pelumba pada penghujung musim. Di samping itu, pihak Yamaha akan menyediakan slot dalam kategori Wira kepada dua pelumba terbaik musim 2017 manakala pihak Honda turut akan membantu tiga pelumba terbaik untuk berada di dalam pasukan satelit Honda.

“Siri perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha ini menjadi landasan penting kepada proses mengenalpasti dan pembangunan pelumba muda di Malaysia. Hampir kesemua pelumba Malaysia yang mencipta nama di pentas antarabangsa memulakan karier mereka di sini.”

“Sebagai contoh, potensi Khairul Idham Pawi mula dikenalpasti ketika beraksi dalam siri perlumbaan Honda manakala Hafizh Syahrin Abdullah juga mula mencipta kejayaan pada usia 13 tahun di dalam siri perlumbaan Yamaha. Malah, kedua-dua perlumbaan kelas biasiswa ini juga lebih murah dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar,” jelasnya lagi.

Kepada remaja berusia 13 hingga 20 tahun yang berminat boleh mendapat maklumat lanjut mengenai permohonan boleh layari laman rasmi Kejuaraan Cub Prix di www.malaysiancubprix.com.

Yamaha One Make race
Yamaha One Make race

9 thoughts on “Cub Prix: Pencarian Pelumba Musim 2017 Bermula

  • October 18, 2016 at 10:46 am
    Permalink

    As salam…bagaimana untuk saya menghantar beberapa orang anak buah bagi sesi pendaftaran pencarian pelumba cub prix frlda

    Reply
  • October 23, 2016 at 3:09 pm
    Permalink

    saya 16 tahun . Ada peluang tak nak sertai pelumbaan ini . ….. generasi ke 3 peneroka felda

    Reply
  • November 29, 2016 at 2:15 pm
    Permalink

    Assalammualaikum saya nak tanya macam mana nak buat pendaftaran untuk cuprix

    Reply
    • November 30, 2016 at 2:19 pm
      Permalink

      w’salam. tunggu klinik cub prix dibuka tahun depan.

      Reply
      • December 1, 2016 at 7:58 am
        Permalink

        Pendaftaran percuma atau bayar dan bila clinik cuprix akan bermula dan macam mana nak tahu

        Reply
  • February 5, 2017 at 4:55 pm
    Permalink

    Tahun ini ada pendaftaran cub prix tak ye…kalau ada bile yee

    Reply
  • February 16, 2017 at 11:19 pm
    Permalink

    Assalammuailaikum sukan cup Prix ni cari orang
    Yang berpengalaman ke dalam sukan bermotor ni minta balas

    Reply
    • April 6, 2017 at 8:20 pm
      Permalink

      Sye berminat tpi bagaimana cara pemdaftaran ye

      Reply
  • April 16, 2017 at 9:59 am
    Permalink

    assalam…sye berminat dalm sukan permotoran ini bagaimanakah cara pendaftaran nye???kalau ada apa apa maklumat sila hubungi sye 0177290826

    Reply

Leave a Reply